Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk beberapa negeri di Sabah dan Sarawak yang dijangka berlanjutan sehingga 31 Januari 2025. Foto MetMalaysia

Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak hingga Jumaat

ByWilly Jali

KUCHING, 29 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan untuk beberapa negeri di Sabah dan Sarawak yang dijangka berlanjutan sehingga Jumaat, 31 Januari 2025.

Amaran yang dikeluarkan pada 8 pagi hari ini merangkumi tiga kategori iaitu bahaya, buruk dan waspada.

Amaran hujan sangat lebat berterusan dalam kategori bahaya diramalkan berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis).

Manakala di kawasan Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dijangka mengalami hujan lebat berterusan (buruk).

Ia termasuk di negeri Sabah meliputi Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Kawasan di Sabah yang diramal berlaku hujan berterusan kategori waspada membabitkan pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan