Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail Bernama

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh Miri

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menzahirkan rasa dukacita atas kejadian menyayat hati itu yang berlaku ketika sambutan Tahun Baharu Cina hari ini.

“Semoga mereka diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Menurut laporan terkini, empat mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku pada 2.58 pagi itu manakala usaha mencari seorang lagi mangsa masih giat dijalankan.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyeru orang ramai agar berwaspada susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah hingga Jumaat ini.

“Justeru, saya menyeru semua pihak agar berwaspada, terutama mereka yang berada di kawasan berisiko tinggi. Keselamatan harus diutamakan,” katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran terkini melalui publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir, X @JPS_InfoBanjir, aplikasi myCuaca MetMalaysia dan portalbencana.nadma.gov.my. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan