Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak kini berdepan dengan situasi banjir yang semakin meluas, dengan sebanyak 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di seluruh negeri. Foto TVS

1,778 mangsa berlindung di 33 PPS di seluruh Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 JAN:  Sebanyak 33 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh negeri susulan bencana banjir yang melanda.

Menurut Ketua Unit Sekretariat Pengurusan Bencana dan Perhubungan Awam, Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Kapt. (PA) Nazura Marlinda Sabran, daripada jumlah tersebut, 32 PPS dibuka bagi mangsa banjir, manakala satu PPS dibuka bagi kes kebakaran.

Katanya setakat laporan jam 2 petang, sebanyak 511 ketua isi rumah membabitkan seramai 1,778 mangsa telah dipindahkan ke PPS yang disediakan.

“Berikut adalah pecahan jumlah PPS yang dibuka di beberapa kawasan terjejas Bintulu 5 PPS,
Serian (15), Samarahan (3) Kuching (3) , Sibu (2)dan Miri (4)”, katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu Kapt Nazura memaklumkan bahawa keadaan masih terkawal, namun pihak berkuasa menjangkakan penambahan PPS di beberapa kawasan berikutan cuaca hujan yang berterusan.

“Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah mengeluarkan amaran hujan berterusan sehingga 31 Januari 2025, yang berpotensi meningkatkan jumlah kawasan terjejas serta mangsa yang perlu dipindahkan”, ujarnya lagi.

Tambahnya lagi pihak berkuasa terus memantau keadaan dan bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk terjejas terjamin.

“Orang ramai dinasihatkan untuk berjaga-jaga, mengikuti perkembangan cuaca, dan segera berpindah ke PPS yang disediakan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa”, ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan