Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Datuk Ewon Benedick bercakap pada sidang media selepas merasmikan majlis tersebut. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Transformasi luar bandar jadi keutamaan Kerajaan Sarawak

GEDONG, 28 Jan: Kerajaan Sarawak terus mengutamakan pembangunan luar bandar dengan peruntukan Belanjawan Sarawak sebanyak 70 peratus kepada kawasan tersebut, sebagai usaha memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar dan penglibatan mereka dalam sektor ekonomi yang strategik.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif itu sejajar dengan visi Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh sektor pertanian, keterjaminan makanan dan pelancongan luar bandar melalui pembangunan infrastruktur jalan raya, bekalan elektrik, air serta sambungan digital di kawasan pedalaman.

“Bukan itu sahaja, akses pembangunan jalan raya menerusi Lebuh Raya Pan Borneo serta Jalan Pesisir membolehkan pelancong antarabangsa khususnya di kawasan pelancongan menarik seperti Taman Negara Niah, Taman Negara Mulu serta di kawasan Padawan.

“Lebih-lebih lagi apabila kita bakal mengambil alih syarikat penerbangan (daripada MASWings) yang sudah semestinya memberi khidmat kepada masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Digital Desa 2024 di Dewan Datuk Patinggi Ali di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Aidel Lariwoo; serta Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Pengambilalihan MASwings yang dijangka dimuktamadkan sebelum Aidilfitri menurut Abang Johari, mampu mengubah landskap ekonomi di kawasan luar bandar khususnya di Bahagian Betong apabila Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Bebuling yang dijangka siap tahun ini.

“Dengan adanya tempat-tempat sebegini yang boleh diakses (melalui lapangan terbang mahupun STOLport) membolehkan pelancongan antarabangsa melihat keistimewaan yang ada di kawasan luar bandar selain daripada budaya yang terdapat di wilayah ini.

“Sehubungan itu, saya ingin berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) kerana membantu kita dengan penyaluran pembiayaan sebanyak RM700 juta untuk 2023 dan lebih RM1 bilion pada tahun lepas kepada usahawan dan koperasi di Sarawak,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap agar KUSKOP untuk terus menyalurkan pembiayaan kepada para usahawan serta koperasi khususnya di luar bandar yang dilihatnya selari dengan visi Kerajaan Sarawak dalam membangunkan kawasan di luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan