Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah Runtuh Miri: 168 orang mangsa dipindah ke PPS. Foto Bomba

Tanah Runtuh Miri: 168 orang mangsa dipindah ke PPS

BySalasiah Safian

MIRI, 28 Jan: Seramai 168 orang mangsa tanah runtuh dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementera (PPS) Dewan Suarah di sini, hari ini.

Menurut Pemangku Pegawai Daerah Miri Geraldine Janely Doris dalam satu kenyataan hari ini, kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kampung Lereng Bukit akibat hujan turun tanpa henti bermula semalam.

Berdasarkan maklumat daripada pihak bomba, ia melibatkan empat buah rumah dengan jumlah keluarga yang terjejas adalah sebanyak 23 keluarga.

Setakat ini, dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri digerakkan ke Lereng Bukit dan Hilltop serta Pujut.

Jumlah mangsa juga dijangka akan meningkat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berita lanjut menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan