Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Samad Alip, Zainab Sulai dan Inna Jerman. Foto TVS

Tanah runtuh di Miri: Tragedi paling dasyat, mangsa rayu bantuan

BySalasiah Safian

MIRI, 28 Jan: Hujan lebat yang berterusan sejak Isnin telah mengakibatkan bencana tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri, hari ini.

Penghulu Kampung, Samad Alip, menyifatkan bencana tersebut sebagai yang terdahsyat pernah melanda kampungnya, melibatkan empat hingga lima kawasan tanah runtuh dan menjejaskan lebih 40 penduduk.

“Berlakulah tanah runtuh memang selalu tapi kali ini amat dahsyat kerana berlaku di sekitar empat ke lima kawasan. Ada yang runtuh sewaktu Subuh dan kita tidak tahu apa nama, yang kita tidak sedari. Ada jugak yang runtuh jam lapan, sembilan pagi.

“Jadi saya harap penduduk penduduk ikutlah arahan apa yang diarah oleh pihak Pejabat Daerah. Jadi saya merayu kepada wakil rakyat datang melihat tempat kami dan kalau boleh minta bantuan sedikit kerana yang menjadi mangsa ini bukan satu keluarga sahaja. Dia sampai empat lima keluarga yang mempunyai bilangan dalam 40 lebih,” beliau berkata demikian ketika ditemui TVS hari ini.

Sementara itu, Inna Jerman yang merupakan salah seorang mangsa bersyukur kerana semua ahli keluarga selamat.

Katanya, setelah mendapat tahu bahawa berlakunya tanah runtuh yang pertama pada jam enam pagi pihak bomba dan polis telah mengarahkan mereka untuk mengosongkan rumah.

“Kejadian tanah runtuh itu mungkin berlaku dalam pukul 9 dan kami sudah diarahkan untuk mengosongkan rumah. Selepas itu kami dibawa oleh pihak Polis untuk melihat kawasan rumah dan mengambil barangan yang penting.

“Saya sempat melihat keadaan dapur rumah kami yang ranap, dinding pecah dihempap pokok buluh dan tanah. Rumah juga dinaiki air,” ujarnya.

Sementara bagi Zainab Sulai, melihat kepada keadaan hujan yang berterusan membuatkannya tidak lena tidur.

Ditambah pula dengan keadaan rumah yang dinaiki air membuatkan terjaga hingga ke pagi.

“Saya terjaga hingga ke pagi. Membersihkan rumah dan membuang air yang memasuki rumah. Pada jam 6 pagi, saya dimaklumkan berkenaan kejadian tanah runtuh. Jadi saya pun meninjau ke lokasi kejadian dan kemudian pulang ke rumah. Saya mahu menangis melihat keadaan rumah saya yang sudah dinaiki air bertanah,” ceritanya.

Ketika ini, penduduk kampung telah diarahkan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Suarah Miri.

Pada masa sama, kesemua mangsa berharap agar pihak yang berkaitan menghulurkan bantuan kepada mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan