Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak berkuasa Sudan Selatan telah menarik balik larangan sementara ke atas Facebook dan TikTok yang dikenakan minggu lepas susulan penyebaran video yang didakwa memaparkan pembunuhan rakyat negara itu di Sudan. Foto hiasan Envato

Sudan Selatan tarik balik sekatan ke atas Facebook dan TikTok

ByBernama

JUBA, 28 Jan: Pihak berkuasa Sudan Selatan telah menarik balik larangan sementara ke atas Facebook dan TikTok yang dikenakan minggu lepas susulan penyebaran video yang didakwa memaparkan pembunuhan rakyat negara itu di Sudan.

Imej grafik itu yang mencetuskan protes ganas dan pembunuhan bermotifkan balas dendam di seluruh negara telah dipadam daripada platform media sosial, kata Pihak Berkuasa Komunikasi Kebangsaan dalam surat bertarikh 27 Jan kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan Internet.

“Peningkatan keganasan yang dikaitkan dengan kandungan media sosial di Sudan Selatan menekankan keperluan untuk pendekatan seimbang yang menangani punca hasutan dalam talian sambil melindungi hak penduduk,” kata Pengarah Pihak Berkuasa Komunikasi Kebangsaan Napoleon Adok Gai, dalam surat itu.

Kumpulan hak asasi manusia menuduh tentera Sudan dan sekutunya melakukan serangan etnik terhadap orang awam di negeri El Gezira, Sudan, awal bulan ini, selepas mereka menawan ibu negeri Wad Madani daripada kumpulan separa tentera Rapid Support Forces.

Tentera Sudan mengecam apa yang disifatkan sebagai “pelanggaran individu,” yang dirakam dalam video dan dikongsi secara meluas di media sosial. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan