Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah rumah di RPR Lorong 3 Permyjaya, musnah sebanyak 30 peratus akibat kebakaran yang berlaku hari ini. Foto JBPM

Stor sebuah rumah di Permyjaya musnah terbakar

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 28 Jan: Stor penyimpanan di sebuah rumah di Permyjaya di sini musnah dalam kebakaran pada pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 11.30 pagi hari ini telah dilaporkan oleh pemilik rumah yang menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong untuk mendapatkan bantuan segera.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, api yang sedang marak di bahagian stor rumah berjaya dipadamkan sepenuhnya dengan menggunakan aliran air daripada pili bomba.

“Setelah membuat penilaian awal berpandukan konsep RECEO (Penyelamatan, Pendedahan, Pengasingan, Pemadaman, dan Penilaian Semula), anggota bomba membuat pemadaman dengan membentang 1 aliran 100 kaki 1 pancutan air daripada pili bomba secara ofensif sehingga api benar-benar padam sepenuhnya,” katanya.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan serta tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan