Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya ketika kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri, pada Selasa. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Program Antirasuah Peringkat Antarabangsa bakal dijalankan secara besar-besaran di Sarawak

ByMadeline Dugat

KUCHING, 28 Jan: Program Antirasuah Peringkat Antarabangsa bakal diadakan secara besaran-besaran di Sarawak sebagai usaha berterusan memerangi rasuah dan salah guna kuasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti & Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, program tersebut akan berlangsung selama enam bulan, namun ia masih dalam peringkat perbincangan.

“Program ini bagi memastikan agenda kerajaan negeri berkaitan dengan integriti, antirasuah, salah tadbir dapat diketengahkan lagi dan seterusnya meletakkan Sarawak dalam peta dunia sebagai satu wilayah yang mementingkan integriti dan seterusnya memerangi apa sahaja amalan salah guna kuasa dan rasuah.

“Ini adalah langkah besar kita pada hari ini di mana pihak Kerajaan Sarawak menunjukkan suatu usaha yang besar ke arah mewar-warkan usaha antirasuah, usaha meningkatkan integriti, usaha memastikan undang-undang dan peraturan itu dipatuhi pada semua peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri di sini, hari ini.

Menurut Juanda, program ini dijangka melibatkan kerjasama Ahli Parlimen antarabangsa ataupun mereka yang terbabit dalam memperjuangkan kerja-kerja antirasuah dan pihak-pihak yang mempromosikan integriti dalam pentabiran kerajaan dan seterusnya untuk memastikan amalan berteraskan Rules of Law, undang-undang itu terus dipromosikan dan diwar-warkan ke semua peringkat.

“Kita perlu bawa lebih ramai speaker daripada pelbagai peringkat untuk berkongsi pandangan, idea, praktis di tempat mereka untuk kita bawa ke Sarawak dan Malaysia di samping mengetengahkan idea-idea daripada Sarawak ke peringkat wakil-wakil antarabagsa tentang apa yang telah kita buat di negeri Sarawak,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Perdana lnternational Anti-Corruption Champion Foundation, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Ombudsman Sarawak, Dato Sri Abdul Ghafur Shariff dan Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Wan Mohamad Wan Drahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan