Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sambutan Tahun Baharu Cina yang akan disambut esok, menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.

“Dalam semangat menyambut perayaan besar bagi kaum Cina yakni Tahun Baharu Cina, kita kembali diingatkan oleh Confucius yang menekankan betapa keharmonian menjamin kekuatan.

“Lantas, falsafah kenegaraan ini bertepatan dalam menjelmakan sebuah tatanan (sistem) yang MADANI, yang menghargai kepelbagaian budaya dan tradisi sambil memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum Cina,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan