Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil selipar di Jalan Kundang, Taman Kota Jaya di sini semalam, diteruskan hari ini. Foto PDRM

Operasi mencari kanak-kanak sembilan tahun yang dikhuatiri lemas diteruskan

ByBernama

KOTA TINGGI, 28 Jan: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang ketika cuba mengambil selipar di Jalan Kundang, Taman Kota Jaya di sini semalam, diteruskan hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata operasi mencari Mohammad Rayyan Alif Mohd Sharif diteruskan sekitar pukul 8.30 pagi, selepas dihentikan pada 12 tengah malam tadi, kerana tiada petunjuk ditemukan.

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang

Beliau berkata pasukan SAR terdiri daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) negeri serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pencarian hari ini meliputi kawasan radius dua kilometer dari Rumah Pam Taman Kemang, selain melakukan rondaan di sekitar Sungai Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusof berkata siasatan awal mendapati mangsa cuba mengambil seliparnya yang jatuh ke dalam longkang besar sebelum terjatuh dan dibawa arus air deras.

“Rakan mangsa yang berada di lokasi kejadian telah bertindak menjerit meminta bantuan dan didengari orang awam sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan