Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Komander Operasi Kanan Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata mayat mangsa ditemukan pada 9.40 pagi kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh. Foto hiasan Envato

Mayat dua beradik lemas di Bachok ditemui, operasi SAR tamat

ByBernama

KOTA BHARU, 28 Jan: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua beradik yang lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang semalam, berakhir dengan penemuan mayat Muhammad Asadullah Zehan, 11, pagi tadi.

Komander Operasi Kanan Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata mayat mangsa ditemukan pada 9.40 pagi kira-kira enam meter dari lokasi dia dipercayai terjatuh.

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok

Beliau berkata mangsa ditemukan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa selepas operasi selaman dijalankan bermula 9.29 pagi.

“Operasi ini melibatkan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, PPDA Pengkalan Chepa, Pengkalan Kubor dan Machang dengan bantuan pelbagai jentera termasuk bot,” katanya.

Semalam, abang mangsa, Muhamad Amirul Mukminin, 17, ditemukan pada 8.25 malam oleh pasukan PPDA, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 9.19 malam.

Mayat kedua-dua beradik tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan