Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Rosli Hussein (kiri) dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini sempena pelancaran buku Bola Mental. Foto, Afiq Johari (TVS).

Buku Bola Mental direalisasikan selepas 38 tahun

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Hasrat bekas pemain bola sepak kebangsaan, Rosli Hussein untuk menerbitkan sebuah buku berkisar kekuatan mental dalam sukan itu berjaya direalisasikan selepas 38 tahun.

Menurut Rosli, idea untuk menghasilkan buku bertajuk Bola Mental tercetus sejak 1987 lagi, namun hanya mula ditulis dua tahun lepas.

Beliau yang berasal dari Kelantan dan lebih dikenali sebagai Pak Do berkata, buku itu dihasilkan bagi mengetengahkan komponen strategi bola sepak yang sering diabaikan iaitu kekuatan mental untuk mencapai prestasi cemerlang.

“Komponen itu memang satu daripadanya (namun) di Malaysia, kita seolah-olah tidak endahkan langsung (aspek) mental ini,” katanya pada sidang media sempena pelancaran buku itu di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Pengarah Pusat Sukan UM, Afizal Abu Othman dan bekas jurulatih Selangor FC, Nizam Jamil.

Mengenai sasaran penjualan, Rosli berkata beliau berharap seribu naskhah pertama akan terjual sebelum menetapkan sasaran lain.

Sementara itu, beliau turut berharap agar ilmu yang dicurahkan menerusi buku tersebut dapat diperluas dalam kalangan komuniti bola sepak serta orang ramai yang membacanya.

“Bagi bukan peminat bola sepak, mereka boleh mengaplikasikan ilmu ini dalam bidang lain,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan