Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak setakat pukul 8 malam, empat PPS baharu telah dibuka di daerah Serian. Foto APM Serian (FB)

Bencana banjir menjalar ke selatan Sarawak, lima PPS baharu dibuka

KUCHING, 28 Jan: Bencana banjir di Sarawak kini mula menjalar ke bahagian selatan negeri itu apabila lima pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan sejak 6 petang tadi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak setakat pukul 8 malam, empat PPS baharu telah dibuka di daerah Serian, manakala sebuah lagi di Simunjan.

Bagaimanapun, jurucakap sekretariat itu masih belum dapat mengesahkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan kerana proses pemindahan penduduk terjejas ke PPS berkenaan masih berlangsung.

Sementara itu, di Miri, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit hari ini telah memaksa seramai 169 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke PPS yang terletak di Pusat Bulan Sabit Merah daerah berkenaan.

Di samping itu, jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir di Tatau sejak 23 Jan lepas masih kekal sebanyak 34 orang daripada 13 keluarga di PPS Rumah Steven. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan