Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto Sultan Ibrahim (FB)

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan berkenaan.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah semoga perayaan Tahun Baharu Cina ini membawa kemakmuran serta kebahagiaan kepada mereka yang menyambutnya.

“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini mengukuhkan lagi perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Mengikut kalendar lunar, Tahun Baharu Cina disambut esok merupakan Tahun Ular Kayu yang membawa harapan baharu termasuk semangat persaudaraan, kejayaan, dan pembaharuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan