Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan bergambar selepas menerima watikah pelantikan enam ketua perwakilan asing ke Malaysia dan mengurniaan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Thailand di Istana Negara hari ini. Foto Bernama

Agong berkenan terima watikah pelantikan enam perwakilan asing

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Jan: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima watikah pelantikan enam ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara hari ini.

Ketua perwakilan asing berkenaan ialah Radames Jesus Gomez Azuaje dari Venezuela, Shikata Noriyuki (Jepun), Chantal Gaby Moser (Switzerland) dan Dr Netra Prasad Timsina (Nepal).

Sultan Ibrahim turut berkenan menerima watikah pelantikan daripada Etueni Qiolele Caucau dari Republik Fiji dan Michael Wehi Mailetonga Walsh dari New Zealand.

Pada istiadat itu juga, Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Ganeson Sivagurunathan.

Hadir sama pada istiadat berkenaan ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Luar Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan