Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang Isnin. Foto hiasan Envato

Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok

ByBernama

KOTA BHARU, 28 Jan: Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang Isnin.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Mohd. Zamizi Muhamad berkata Muhamad Amirul Mukminin Zehan, 17, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 8.25 malam.

Bagaimanapun, katanya, adiknya, Muhammad Asadullah Zehan, 13, masih belum ditemui dan operasi pencarian sedang diteruskan oleh pasukan tersebut.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui Sistem MERS 999 pada pukul 6.36 petang sebelum anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Asadullah terjatuh terlebih dahulu ke dalam tali air. Abangnya, Muhamad Amirul Mukminin, bertindak terjun untuk menyelamatkan adiknya tetapi turut lemas dalam tragedi tersebut,” katanya ketika  dihubungi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan