Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada Majlis Pelancaran Sistem Chatbot Sebenarnya.my di sini, hari ini. Foto Amirudin (TVS)

1,233 kandungan berita palsu diturunkan setakat 27 Januari 2025

ByHafeezzur Muzamir

CYBERJAYA, 28 Jan: Sebanyak 1,233 kandungan berita palsu telah diturunkan melibatkan pelbagai penyedia platform pada tahun ini setakat semalam.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan itu dilakukan susulan permohonan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (SKMM) yang mengesan 1,575 kandungan berita palsu bermula 1 Januari.

Jelas beliau pada 2024, SKMM telah memohon penurunan 19,546 kandungan berita palsu daripada pelbagai platform dalam talian.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 17,245 kandungan diturunkan setelah turut disahkan sebagai berita palsu oleh kesemua platform terlibat.

“SKMM giat memperluas kerjasama erat dengan platform media sosial serta agensi penguatkuasa lain bagi menangani isu penyebaran maklumat palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sistem Chatbot Sebenarnya.my di sini,hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, dari 2020 hingga 27 Januari 2025, sebanyak 25,114 kandungan berita palsu telah diturunkan penyedia platform

Dalam pada itu, mengulas mengenai pelancaran sistem Chatbot yang dibangunkan oleh SKMM , Fahmi berkata ia berfungsi sebagai platform untuk membantu pengguna menyemak kesahihan maklumat yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp.

Fahmi menjelaskan, kemudahan Chatbot adalah hasil kerjasama strategik melibatkan pelbagai pihak, termasuk agensi-agensi kerajaan, badan-badan penyiaran dan rakan-rakan industri teknologi.

“Ia adalah alat penting untuk memperkasa rakyat dengan maklumat yang telah disahkan oleh pihak berwajib dan mengurangkan impak buruk daripada maklumat palsu yang tersebar,” ujarnya.

Sistem itu yang mula beroperasi hari ini dicirikan dengan empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil untuk memastikan akses kepada pelbagai kumpulan pengguna. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan