Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Sime Darby, diketuai oleh Pengerusi Sime Darby Tuanku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, di Pejabat Premier Sarawak, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Yayasan Sime Darby labur RM60 juta di Sarawak

KUCHING, 27 Jan: Yayasan Sime Darby melabur RM60 juta di bawah tiga syarikat penderma merangkumi SD Guthrie, Sime Darby Berhad dan Sime Darby Property.

Pengerusi Yayasan Sime Darby Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar berkata, pelaburan itu akan memfokuskan beberapa bidang penting, antaranya pendidikan, alam sekitar, kesejahteraan komuniti, sukan, serta seni dan budaya.

“Sebanyak lebih RM60 juta disalurkan menerusi Yayasan Sime Darby setakat ini di Sarawak bagi tujuan pendidikan, kesihatan, alam sekitar, komuniti, sukan, seni dan budaya.

“Kami melihat di Sarawak mempunyai banyak potensi besar bagi menjalinkan kerjasama strategik melibatkan pelbagai agensi. Selain itu, kami juga turut membincangkan mengenai pelaksanaan  beberapa projek antara Kerajaan Sarawak dan Yayasan Sime Darby,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurutnya, Sime Darby turut berhasrat menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Sarawak.

“Kami melihat banyak NGO yang bekerja di peringkat komuniti dan kami mahu menjadi rakan kongsi mereka bagi membantu sesetengah mereka bagi menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sime Darby Dr Yatela Zainal Abidin, Ahli Majlis Tadbir Urus Yayasan Sime Darby Datu Dr Rashidah Bolhassan dan Ketua Strategi dan Hal Ehwal Korporat Yayasan Sime Darby Muzdalifah Mohd Nasir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan