Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hadijah Kassim, Tukang Jahit dan Hajijah Abdul Razak, Tukang Jahit. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

Tukang jahit di Miri tidak menang tangan siapkan baju raya

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 27 Jan: Pada setiap kali musim perayaan, tukang jahit sudah pasti menjadi individu paling sibuk kerana menerima banyak tempahan pakaian.

Hadijah Kassim yang merupakan seorang tukang jahit berpengalaman dan pemilik kedai jahitan turut tidak terkecuali selain tidak menang tangan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurutnya, tempahan pakaian sudah mula diterima sejak Disember tahun lepas.

“Kalau pada Tahun Baharu Cina, saya banyak menerima tempatan untuk mengubah pakai seperi memendek atau memanjangkan baju,” katanya kepada TVS hari ini.

Berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri katanya, kebanyakan permintaan adalah untuk menjahit baju Melayu dan baju kurung.

“Biasanya, saya ambil sekitar 180 pasang baju untuk musim perayaan. Namun menjelang bulan puasa, tempahan semakin bertambah kerana musim ini juga bertembung dengan musim sekolah,” ujarnya.

Bagi Hajijah Abdul Razak yang juga tukang jahit di Miri, memang tidak dinafikan, musim perayaan menyaksikan banyak tempahan diterima.

“Tetapi saya hanya mampu mengambil lebih kurang 100 pasang. Setiap tahun permintaan meningkat namun saya terpaksa menolah sebahagian tempahan disebabkan kekangan masa,” jelasnya.

Menurut Hajijah, perubahan aliran pembelian pakaian secara dalam talian juga memberi kesan kepada perniagaannya.

“Sekarang ini, ramai orang muda beli pakaian siap di media sosial. Tapi pelanggan tetap saya kebanyakannya lebih suka menempah pakaian,” kata Hajijah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan