Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 19 lokasi berisiko berlaku kemalangan jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina ini. Foto hiasan Envato

Tahun Baharu Cina: JBPM Kelantan kenal pasti 19 lokasi kerap kemalangan

ByBernama

KOTA BHARU, 27 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 19 lokasi berisiko berlaku kemalangan jalan raya ketika cuti Tahun Baharu Cina ini.

Pengarah JBPM Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata antara lokasi terbabit ialah di jajahan Jeli (Jalan Raya Timur Barat), Gua Musang dan Kuala Krai (Jalan Utama Gua Musang-Kuala Krai hingga Kota Bharu) serta jajahan Pasir Puteh (Jalan Pasir Puteh-Kuala Terengganu).

“Bomba akan menjalankan rondaan berkala di lokasi berkenaan dan kami menjangkakan berlakunya pertambahan trafik kerana cuti musim perayaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kempen Keselamatan Kebakaran dan Ops Tahun Baharu Cina 2025 di sini hari ini.

Sementara itu, Farhan Sufyan berkata JBPM Kelantan menerima 3,112 panggilan kes kebakaran sepanjang tahun lepas berbanding 1,820 pada 2023 yang menyebabkan kerugian harta benda bernilai lebih RM27 juta.

Beliau berkata sepanjang tempoh Ops Tahun Baharu Cina 2024 pula, 114 panggilan kes kebakaran direkodkan dengan sembilan peratus daripadanya melibatkan kebakaran bangunan yang kebanyakannya akibat litar pintas.

Selain itu, Farhan Sufyan berkata JBPM Kelantan merekodkan 23 kes kematian akibat lemas sepanjang tahun lepas.

“JBPM selaku urus setia Majlis Keselamatan Aktiviti di Air akan terus mempergiatkan usaha memberi kesedaran kepada masyarakat melalui kempen pencegahan dan kesedaran serta meningkatkan rondaan berkala di kawasan berisiko,” katanya.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan