Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS.

Situasi banjir di Tatau, Sarawak tidak berubah

KUCHING, 27 Jan: Situasi banjir di daerah Tatau, Sarawak pagi ini belum menunjukkan sebarang perubahan dengan pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven masih menempatkan 34 mangsa daripada 13 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak dalam laporan terkininya memaklumkan tiga kawasan di terdiri Kampung Dagang Tatau, Kampung Baru Tatau dan Wharf Pasar Baru adalah antara 14 lokasi yang mencatatkan trend peningkatan paras air.

Sebanyak tujuh lokasi di daerah Sebauh dan empat di Kuching turut mencatatkan peningkatan paras air

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran dalam laman webnya melaporkan enam stesen pemantauan di Sarawak mencatatkan paras air melebihi status bahaya setakat 9 pagi.

Enam stesen itu ialah dua di Bintulu dan masing-masing satu di Kapit, Miri, Sibu dan Limbang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan