Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Itali, Jannik Sinner mengukuhkan kedudukannya sebagai raja gelanggang keras tenis lelaki dengan merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad. Foto AFP

Sinner muncul juara perseorangan lelaki terbuka Australia

ByBernama

MELBOURNE, 27 Jan: Pemain Itali, Jannik Sinner mengukuhkan kedudukannya sebagai raja gelanggang keras tenis lelaki dengan merangkul gelaran Terbuka Australia buat kali kedua berturut-turut pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pemain nombor satu dunia itu menewaskan Alexander Zverev dari Jerman dengan keputusan 6-3, 7-6 (7-4), 6-3 di Arena Rod Laver, sekali gus menjadikannya pemain Itali pertama, lelaki atau wanita, memenangi tiga kejuaraan perseorangan Grand Slam.

Sinner tidak pernah tewas dalam perlawanan di gelanggang keras pada kejohanan utama sejak kekalahannya kepada Zverev pada pusingan keempat Terbuka Amerika Syarikat 2023, sebelum menambah gelaran juara sulungnya di Melbourne tahun lepas dengan kejayaan di New York. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan