Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
mangsa Nur Amira Balqis Armi, 22, yang bekerja sebagai jurujualĀ manakala adiknya Muhammad Armirul, 15, pelajar sekolah menengah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto Howard Lee (FB)

Siasatan kes kemalangan dua beradik maut di Ipoh masih berjalan – Polis

ByBernama

TAIPING, 27 Jan: Polis sudah memperoleh bukti menerusi rakaman kamera papan pemuka berhubung insiden dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Puteh di sini pada 8 Jan.

Pemangku Ketua Polis Perak DCP Zulkafli Sariaat berkata pihaknya masih meneruskan siasatan kes berkenaan.

“Sebenarnya tidak semua maklumat siasatan kita dedahkan kerana boleh menganggu siasatan. Polis tidak melindungi dan memihak kepada sesiapa. Siasatan sedang giat dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Kawalan Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina 2025 peringkat Polis Kontinjen Perak di Plaza Tol Taiping Selatan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini hari ini

Perkara itu turut tular di media sosial dan rata-rata warga siberĀ mempersoalkan tindakan pihak berkuasa seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu kenderaan berkenaan yang masih bebas sehingga kini.

Sebelum ini,Ā Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mangsa Nur Amira Balqis Armi, 22, yang bekerja sebagai jurujualĀ manakala adiknya Muhammad Armirul, 15, pelajar sekolah menengah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemandu wanita berusia 38 tahun yang memandu Toyota Vellfire dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Ipoh Garden dan dipercayai gagal mematuhi lampu isyarat semasa di lokasi kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan