Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak berada pada kedudukan lima negeri yang menyumbang kepada perdagangan tertinggi Malaysia pada tahun lepas. Foto hiasan Envato

Sarawak lima teratas sumbang perdagangan tertinggi pada 2024

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Sarawak berada pada kedudukan lima negeri yang menyumbang kepada perdagangan tertinggi Malaysia pada tahun lepas.

Menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Selangor berada pada kedudukan teratas, diikuti Johor, Pulau Pinang (ketiga), Sarawak keempat dan Pahang.

Sementara itu Pulau Pinang muncul sebagai negeri utama pengeksport negara tahun lalu diikuti Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah.

“Lima pasaran utama eksport negara ialah Singapura dengan nilai RM230.86 bilion, diikuti Amerika Syarikat dengan RM198.65 bilion dengan kedua- dua negara ini mencatatkan kenaikan ketara melebihi RM20 bilion sekali gus memecahkan rekod nilai tertinggi,” jelas MATRADE pada Majlis Pengumuman Rasmi Prestasi Perdagagan Malaysia 2024 di sini hari ini.

Tambah MATRADE, eksport Malaysia ke China pula mencecah RM187.67 bilion manakala ke Hong Kong sebanyak RM88.84 bilion dan Jepun sebanyak RM82.62 bilion.

“Kelima – lima pasaran utama ini menyumbang sebanyak 52.3 peratus keseluruhan eksport negara pada 2024,” tambah MATRADE

Sementara itu tambah MATRADE, sektor elektrik dan elektronik (E&E) merekodkan nilai eksport tertertinggi sebanyak RM601.18 bilion dengan meningkat sebanyak RM26 bilion manakala eksport jentera dan kelengkapan peralatan meningkat sebanyak RM12 bilion.

“Buat kali pertama juga, eksport semi konduktor negara mencapai nilai tertinggi pernah direkodkan iaitu sebanyak RM387.95 bilion,” kata MATRADE. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan