Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Foto fail AFP

Presiden Indonesia Prabowo tiba untuk lawatan negara

ByBernama

SUBANG, 27 Jan: Presiden Indonesia Prabowo Subianto tiba di sini hari ini bagi memulakan lawatan negara atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pesawat yang membawa beliau mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada pukul 5.50 pagi.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad hadir bagi menyambut ketibaan Prabowo bersama delegasinya, yang terdiri daripada beberapa menteri Kabinet Indonesia dan pegawai kanan kerajaan.

Sebaik tiba Prabowo memeriksa barisan kawalan kehormatan oleh 28 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Syafiq Najmi Mazlan.

Wisma Putra dalam kenyataan berkata Prabowo akan diberikan sambutan negara, sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara.

Seri Paduka Baginda turut berkenan menjadi tuan rumah Majlis Santapan Negara bagi meraikan Prabowo dan delegasinya.

Dalam lawatan ini Prabowo juga dijadual bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk saling bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala di samping membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama di Menara Berkembar Petronas di ibu negara.

Sebagai jiran rapat yang mempunyai hubungan kukuh dan ahli pengasas ASEAN, lawatan negara ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi demi kemakmuran dan kemajuan kedua-dua negara dan rantau ini secara amnya.

Hubungan strategik Malaysia dan Indonesia merangkumi kerjasama menyeluruh merentasi pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, pertahanan, kesalinghubungan, pendidikan dan sosiobudaya.

Dari Januari hingga November 2024, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencatat RM106.06 bilion (US$23.2 bilion), meningkat daripada RM101.99 bilion (US$22.41 bilion) yang direkodkan dalam tempoh sama pada 2023.

Pada 2023, Indonesia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam ASEAN, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM111.21 bilion (US$24.39 bilion). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan