Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (FB)

Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Presiden Indonesia Prabowo Subianto menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas kurniaan Darjah Kerabat Johor kepadanya hari ini.

Prabowo berkata pengurnian darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.

“Hubungan kami sangat lama, mungkin sudah 45 tahun saya kenal dengan Yang di-Pertuan Agong, sewaktu kami masih sama-sama muda dan bersekolah di Amerika Syarikat,” katanya pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.

Sidang media bersama tersebut diadakan di Menara Berkembar PETRONAS selepas Prabowo dan Anwar mengadakan pertemuan empat mata dan mesyuarat dua hala, sebentar tadi.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.1) kepada Prabowo, di Istana Negara.

Dalam pada itu, Prabowo turut menyatakan bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia memiliki pelbagai persamaan, yang menjadi kekuatan kepada hubungan antara kedua-dua negara jiran itu.

“Malaysia dan Indonesia memiliki kepentingan yang sama, kita ini pendiri ASEAN. Kita mempunyai hubungan sejarah, darah dan etnik.

“Hal seharusnya membuat hubungan kita lebih khas, pastinya terdapat hubungan istimewa antara Malaysia dan Indonesia,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan