Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan

ByBernama

KAMPALA, 27 Jan: Sebuah pesawat Turkish Airlines  penerbangan TK612 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe, Uganda ke Istanbul tidak meneruskan penerbangan ke destinasi akhir atas langkah keselamatan, menurut pengawal selia pengangkutan udara pada Ahad, lapor Xinhua.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Uganda (UCAA), sebuah badan pengawal selia pengangkutan udara milik negara, memaklumkan di X bahawa pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan, Ahad, selepas berlegar di ruang udara Uganda selama lebih tiga jam untuk mengurangkan bahan api ke tahap selamat bagi pendaratan.

UCAA berkata semua 269 penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. Walaupun tidak dinyatakan isu keselamatan yang berlaku, badan pengawal selia itu memaklumkan bahawa langkah berjaga-jaga itu adalah “prosedur keselamatan standard dalam industri penerbangan.” – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan