Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau “phone scam” yang menyamar sebagai pegawai polis. Foto hiasan Envato

Pesara rugi lebih RM150,000 diperdaya “phone scam”

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 27 Jan: Seorang pesara kerajaan kerugian RM155,804 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau “phone scam” yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 16 Jan lepas, wanita berusia 68 tahun itu dihubungi suspek yang mendakwa mangsa mempunyai waran tangkap kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan penyalahgunaan meter air.

Beliau berkata mangsa kemudiannya diminta menyerahkan semua maklumat perbankan melibatkan tiga akaun bank kononnya untuk tujuan siasatan.

“Mangsa juga diarahkan supaya memasukkan kad debit ke dalam plastik dan meletakkannya di celah pokok di hadapan rumah. Dia kemudian menerima notifikasi pengurangan wang dalam jumlah yang besar daripada ketiga-tiga akaun bank tersebut.

“Wanita itu lantas menghubungi pihak bank untuk menyekat akaun dan mendapatkan penyata. Selepas diperiksa terdapat lebih 55 transaksi pindahan wang ke empat akaun yang dibuat melalui mesin juruwang automatik (ATM),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata susulan itu mangsa yang kehilangan wang simpanan pencennya membuat laporan polis pada 3.35 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan