Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Biro Pusat Penyiasatan Kehakiman (BCIJ) Maghribi yang bertindak berdasarkan maklumat risikan daripada Direktorat Jeneral Pengawasan Wilayah (DGST) berjaya menggagalkan rancangan serangan pengganas yang hampir berlaku awal pagi Ahad, lapor Agensi Berita Maghribi (MAP). Foto hiasan Envato

Maghribi gagalkan rancangan serangan pengganas

ByBernama

RABAT (Maghribi), 27 Jan: Biro Pusat Penyiasatan Kehakiman (BCIJ) Maghribi yang bertindak berdasarkan maklumat risikan daripada Direktorat Jeneral Pengawasan Wilayah (DGST) berjaya menggagalkan rancangan serangan pengganas yang hampir berlaku awal pagi Ahad, lapor Agensi Berita Maghribi (MAP).

Rancangan itu yang masih dalam peringkat persediaan, melibatkan serangan menggunakan bahan letupan.

Operasi bersepadu antara pasukan khas DGST, pegawai BCIJ, briged udara dan Pusat Kehakiman Gendarmerie Diraja telah membawa kepada penahanan empat suspek pelampau termasuk tiga beradik, yang semuanya mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Menurut kenyataan BCIJ, suspek berumur 26, 29, 31, dan 35 tahun itu beroperasi di kawasan Had Soualem, Wilayah Berrechid.

Operasi itu menyasarkan dua lokasi, iaitu kediaman di kawasan perumahan Al Omrane dan Al Amal di Al Wahda, Had Soualem. Ia turut melibatkan pakar pengesan bahan letupan, anjing pengesan terlatih, dan helikopter Gendarmerie Diraja yang membawa penembak tepat DGST bagi memastikan kawasan berkenaan selamat.

Semasa penggeledahan, pihak berkuasa merampas pelbagai barangan termasuk pisau, botol berisi bahan kimia, baja kimia dalam kuantiti yang banyak, sulfur, serbuk arang, dan bahan lain yang mencurigakan.

Turut dirampas termasuk wayar elektrik, alatan kimpalan dan pita pelekat yang berpotensi digunakan untuk membuat bahan letupan.

Siasatan bermula selepas DGST menemukan video menunjukkan suspek berikrar taat setia kepada Daesh dan berikrar untuk melaksanakan serangan pengganas. Risikan lanjut mendedahkan bahawa kumpulan itu telah mengunjungi empat kedai perkakasan di kawasan Had Soualem pada hari yang sama untuk membeli bahan kimia yang biasa digunakan untuk membuat bahan letupan.

Mereka menyimpan bahan-bahan itu di rumah seorang suspek dan mula menjalankan ujian untuk memasang alat letupan.

Keempat-empat individu kini ditahan, dan siasatan dijalankan di bawah pengawasan pendakwa raya awam. Pihak berkuasa berusaha untuk mengesan sebarang kaitan kumpulan itu dengan organisasi pengganas serantau atau antarabangsa serta mengenal pasti dan menangkap baki anggota kumpulan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan