Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di BCCK, Kuching, malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Lebih 3,200 delegasi dijangka hadiri Perhimpunan Agung Parti PBB mulai 14-16 Februari ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Jan: Lebih 3,200 orang delegasi dijangka hadir pada Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 14 hingga 16 Februari ini.

Setiausaha Agung Parti PBB, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, perhimpunan tersebut akan dirasmikan oleh Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pada Perhimpunan Agung itu nanti adalah seramai 3,213 orang wakil PBB, iaitu perwakilan dan juga pemerhati akan dijemput untuk bersama di BCCK di Kuching.

“Ia terdiri daripada badan Induk, Sayap atau Pergerakan Wanita, Pemuda dan juga Belia, yang mana kali ini adalah julung kalinya kita akan ada daripada Belia, iaitu yang berumur 18 ke 28 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di BCCK di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, kata Nanta, mesyuarat kali ini hanya menumpukan kepada perbincangan dan perhatian bagi persiapan untuk mengadakan Perhimpunan Agung tersebut pada bulan hadapan.

“Saya juga ingin berkongsi maklumat di sini yang mana sekarang kita telah selesai semuanya dalam empat zon yang kita bahagikan di Sarawak ini, iaitu Zon Selatan di Kuching pada 19 Januari, Zon Betong kelmarin (25 Januari), Zon Tengah di Sibu pada 11 Januari dan Zon Miri, iaitu Zon Utara pada 18 Januari.

“Jadi, keempat-empat zon itu adalah merangkumi 82 cawangan PBB yang telah mengadakan dengan jayanya perhimpunan ataupun mesyuarat perwakilan di cawangan masing-masing,” ujarnya.

Terdahulu, Abang Johari telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB yang turut dihadiri Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan