KUCHING, 27 Jan: Bilangan kes kanser serviksĀ di Malaysia menunjukkan penurunan dari tangga ketiga kepada tangga keenam dalam kalangan wanita bagi tempoh 2017 hingga 2021.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, indeks tersebut adalah berdasarkan Laporan Kanser Kebangsaan yang turut melaporkan kanser serviks merupakan satu-satunya kanser dalam kalangan wanita yang mencatatkan penurunan.
āDari tahun 2019 hingga 2024, melalui program saringan HPV DNA, seramai 162,581 wanita telah menjalani ujian.
āDaripada jumlah itu, sebanyak 10,582 kes positif HPV telah dikesan, 135 kes pra kanser dikenal pasti dan 17 kes positif kanser telah dirawat,ā katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Kebangsaan 2025 di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.
Bagaimanapun menurutnya, penurunan tersebut tidak bermakna angka tidak akan meningkat dan program kesedaran masih perlu diteruskan.
Selain itu kata Nancy, Sarawak kekal sebagai antara negeri dengan kadar kanser serviks tertinggi dan Kampung Santubong dipilih untuk menjalankan projek perintis.
āDaripada 790 wanita berumur 30 hingga 65 tahun, hanya 132 wanita telah menjalani saringan.
āSasaran kami adalah untuk menyaring sekurang-kurangnya 300 wanita setiap tahun di kampung berkenaan dan dalam tempoh dua tahun, kita berharap dapat menyaring kesemua wanita yang layak.
āUsaha ini diharap menjadi contoh kepada negeri-negeri lain untuk menumpukan perhatian kepada lokaliti berisiko tinggi,ā ujarnya.
Nancy menjelaskan, di Sarawak terdapat 45,313 wanita menjalani ujian tersebut dan sebanyak 3,037 kes positif HPV dilaporkan.
Beliau berkata, kementeriannyaĀ dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempergiat usaha dengan menawarkan saringan HPV DNA secara percuma kepada wanita berumur 30 hingga 65 tahun di 50 Klinik Nur Sejahtera di seluruh negara.
Ia merupakan satu peluang keemasan buat semua wanita yang layak untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan mereka. -TVS