Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya di sini, petang tadi. Foto PDRM

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam longkang

ByBernama

KOTA TINGGI, 27 Jan: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang semasa mahu mengambil selipar di Taman Kota Jaya di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang itu dalam keadaan hujan lebat.

“Keadaan cuaca ketika itu hujan lebat dan arus air deras serta dalam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pencarian masih dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shawaluddin Amin Nordin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.28 petang.

“Seramai sembilan anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Fire Response Vehicle (FRV), dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya operasi pencarian masih diteruskan sehingga kini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan