Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Foto TVS

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM24.43 bilion dalam sistem konvensional dan RM17.84 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM3.1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM2 bilion untuk 31 hari.

Ia akan turut menjalankan satu tender repo berbalik Islam terdiri daripada tender bernilai RM250 juta untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM29.5 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.1 bilion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan