Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melantik Datuk Fad’l Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2025. Foto Bernama

Bursa Malaysia lantik Fad’l Mohamed sebagai CEO baharu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melantik Datuk Fad’l Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2025.

Dalam kenyataan hari ini, Bursa Malaysia berkata Fad’l akan mengambil alih kepimpinan bursa susulan persaraan Datuk Muhamad Umar Swift yang akan datang dan telah berkhidmat sebagai CEO pengendali bursa saham itu sejak Februari 2019.

Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata pengalaman Fad’l dalam pasaran modal dan perbankan pelaburan menjadikan beliau pilihan yang tepat untuk menerajui Bursa Malaysia menuju masa depan.

“Kami yakin dengan kepakaran beliau untuk terus memacu pertumbuhan dan kejayaan bursa serta pasaran,” katanya.

Fad’l, 57, yang kini merupakan Pengarah Urusan Perbankan Borong Kumpulan RHB Bank Bhd memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perundangan, pasaran modal dan perbankan pelaburan.

Sebelum ini, beliau memegang jawatan CEO Maybank Investment Bank Bhd. Kerjaya beliau bermula sebagai peguam di Rashid & Lee pada 1991 sebelum menyertai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 1993.

“Selepas itu, beliau bertugas di firma perbankan pelaburan, Dresdner Kleinwort Benson.

“Pada 2004, beliau menubuhkan Maestro Capital Sdn Bhd, penasihat kewangan korporat berlesen yang menawarkan nasihat mengenai penggabungan dan pengambilalihan, penjanaan modal dan tawaran awam permulaan (IPO) sehingga 2015 apabila beliau menyertai Maybank Investment Bank,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan