Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd Suhaily bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

70 peratus kes jenayah berjaya diselesaikan pada 2024 – Bukit Aman

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 27 Jan: Polis berjaya menyelesaikqn 70 peratus kes jenayah keseluruhan yang dilaporkan pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ia membabitkan sebanyak 40,631 kes daripada keseluruhan 58,225 kes yang dilaporkan.

Jelas beliau berdasarkan Perangkaan Jenayah 2024 jumlah kes jenayah indeks yang dilaporkan meningkat 11.1 peratus berbanding 52,444 kes pada 2023.

“Baki sebanyak 17,624 kes masih dalam proses siasatan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Sementara itu Mohd Suhaily memaklumkan bagi sudut pendakwaan pula, sebanyak 70,952 kertas siasatan iaitu 51.95 peratus berjaya dituduh di mahkamah pada 2024 berbanding 67,378 kertas siasatan tahun sebelumnya.

Berkenaan kes jenayah kekerasan, Shuhaily berkata kes rogol meningkat kepada 160 kes manakala kes bunuh menurun sebanyak 8.5 peratus iaitu 22 kes dilaporkan.

“Statistik rogol menunjukkan rogol bawah umur meningkat secara konsisten saban tahun. Ini tidak bermakna rogol di atas 18 tahun tidak berlaku, ia tetap berlaku tapi dalam jumlah yang kecil,” katanya.

Sementara itu, kes curi melibatkan kereta meningkat sebanyak 56 peratus dalam tempoh kajian sama, manakala 1.7 peratus melibatkan kes curi motosikal. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan