Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri hadir pada Perasmian Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga (WIOE) 2025 di Pustaka Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Wanita diseru terokai ekonomi jingga untuk masa depan mampan – Nancy

ByWilly Jali

KUCHING, 26 Jan: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru agar lebih ramai golongan wanita menceburi diri dalam bidang ekonomi jingga bagi mencorak masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Beliau memaklumkan bahawa prospek ekonomi jingga atau ekonomi kreatif adalah bertujuan menyediakan peluang pekerjaan baharu dengan memperkasa wanita dalam menjadi penggerak utama pertumbuhan negara.

“Kita berkumpul untuk meraikan satu inisiatif penting yang bertujuan memperkasa wanita Malaysia melalui program Wanita Dalam Ekonomi Jingga  (WIOE) di bawah inisiatif Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS), salah satu inisiatif Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

“Ekonomi jingga merupakan jalan yang berkesan untuk melahirkan wanita yang  berinovasi dan mempunyai daya mencipta.Kami meletakkan asas ini dan mewujudkan peluang untuk masa depan, di mana golongan wanita berpeluang untuk memimpin dengan kekuatan, daya tahan dan inovasi, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga 2025 di Pustaka Negeri Sarawak di sini hari ini.

Wanita, menurut Nancy, harus melengkapkan diri dengan keyakinan dan kemahiran, tidak kira sektor atau industri yang diceburi.

“Untuk itu, kita perlu kuat secara rohani kerana kepimpinan memerlukan bukan sahaja kecerdasan dan kemampuan tetapi juga ketahanan dalaman untuk menghadapi cabaran,” tambahnya.

Nancy percaya langkah ini akan menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih cerah dan harmoni, seiring dengan agenda ekonomi jingga.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan