Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir pada Program Kembali Ke Sekolah dan Penyerahan Sumbangan Khas Sekolah Parlimen Bandar Tun Razak di sini hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Swasta digalak bantu pendidikan negara

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Syarikat-syarikat swasta di negara ini digalak untuk membantu pelajar dan institusi pendidikan bagi mendokong aspirasi pendidikan negara.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, sumbangan itu mampu membantu murid mengatasi kekangan dalam mencapai kejayaan dan menyediakan masa depan yang lebih cerah buat mereka.

Jelasnya, para pelajar yang dibekalkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran akan menjadi tenaga pakar negara bagi menarik para pelabur.

“Kita galakkan ramai lagi (datang) ke hadapan bagi membantu kerana kita sedang melalui peningkatan kepada pembangunan negara terutama dalam kecerdasan buatan (AI) dan digital. Jadi, kita mesti khususkan supaya anak-anak terdidik dalam bidang tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Program Kembali ke Sekolah dan Penyerahan Sumbangan Khas kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah Parlimen Bandar Tun Razak 2025 di Institut Latihan Dewan Bandaraya (IDB), Bandar Tun Razak, Cheras di sini pada Ahad.

Hadir sama, Setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin.
Sementara itu Wan Azizah berkata, kerajaan sentiasa komited membantu pelajar sekolah agar dapat memberikan peluang terbaik kepada mereka.

Pada majlis berkenaan seramai 2,800 murid dan pelajar sekolah menengah dan rendah di Parlimen Bandar Tun Razak terpilih menerima sumbangan.

Bantuan yang diberikan kepada pelajar adalah sebuah beg sumbangan Yayasan MyPrihatin, baucer Pusat Pakaian Hari-hari bernilai RM100 menerusi sumbangan oleh Amanah Iktiar Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak.

Sebanyak 23 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan parlimen itu juga menerima sumbangan bernilai RM5,000 yang diberikan melalui akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan jumlah keseluruhan RM115,000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan