Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Rakyat Sarawak harus terus bersatu hati, sokong perjuangan GPS – Doris

ByLuqman Muhammad

SRI AMAN, 26 Jan: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah berjaya membawa banyak perubahan khususnya dalam aspek ekonomi dan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie menegaskan bahawa rakyat Sarawak harus terus bersatu hati dan menyokong perjuangan GPS demi memastikan kemajuan dan kesejahteraan negeri ini dapat diteruskan.

“Saya ingin menekankan bahawa sebagai anak Sarawak kita tidak boleh menjauhkan diri daripada kerajaan GPS, kerana di bawah kepimpinan Abang Johari, kerajaan GPS telah banyak memajukan ekonomi dan pembangunan Sarawak berbanding dengan negeri dan wilayah lain di Malaysia.

“Sarawak telah menunjukkan kemajuan yang sangat baik,” kata Doris menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Susan Clement Ingun pada Majlis Ahli Parlimen Bersama Komuniti Anjuran JKKK Menalang Asal (A) Undop di sini, baru- baru ini.

Dalam pada itu Doris turut memuji usaha kerajaan GPS yang tegas memperjuangkan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau menegaskan bahawa usaha ini penting untuk memastikan autonomi Sarawak terus dipertahankan.

“Jika kita sebagai anak Sarawak tidak bersatu hati dan menyokong perjuangan kerajaan GPS, kita mungkin akan kehilangan banyak hak dan kuasa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963,” ujarnya lagi.

Doris mengingatkan rakyat Sarawak bahawa mereka perlu bersatu hati dalam menyokong perjuangan kerajaan GPS sambil menekankan bahawa perpaduan dan sokongan padu rakyat adalah kunci untuk memastikan Sarawak terus maju. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan