Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai di sini tengah malam tadi. Foto Bernama

Polis tahan 14 lelaki disyaki berjudi

ByBernama

SEREMBAN, 26 Jan: Polis menahan 14 lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian di sebuah rumah di Jalan Seri Binjai 3, Taman Seri Binjai di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata kesemua lelaki dalam lingkungan 34 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan pada pukul 12.01 tengah malam.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah meja yang mempunyai lukisan perjudian Holo, dadu (dua), piring seramik (satu), mangkuk seramik (satu), kerusi (12) serta wang tunai RM19,168,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan