Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri pada Perasmian Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga (WIOE) 2025 di Pustaka Negeri Sarawak di Kuching, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

PERANTIS perkasa wanita sebagai pemimpin masa depan negara

ByWilly Jali

KUCHING, 26 Jan: Penglibatan wanita dalam kepimpinan adalah tunjang utama dalam membentuk pemimpin berwawasan untuk masa depan negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan telah melaksanakan program PERANTIS untuk melahirkan pemimpin wanita dengan membuktikan kemampuan mereka dalam menerajui negara.

“Oleh sebab itu, saya (kerajaan) mengadakan program yang dinamakam PERANTIS yang mana bertujuan untuk melahirkan pemimpin wanita. Saya rasa dekat Malaysia dan terutamanya di Sarawak masih kurang kerana perlu beri peluang kepada wanita-wanita muda ini untuk menunjukkan kreativiti mereka dan buktikan mereka dapat menjadi pemimpin muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas merasmikan Persidangan Kepimpinan Wanita Dalam Ekonomi Jingga 2025 di Pustaka Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Nancy, seramai 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.

Jelasnya, proses pemilihan adalah ketat dan diketuai oleh 14 panel pakar, memastikan bahawa cadangan yang paling berimpak dan inovatif.

“Setakat ini jumlah yang layak untuk Program PERANTIS ini cuma 25 sahaja. Kita tidak mempunyai bakal pelapis dalam dunia politik sebab itu kita perlu melahirkan banyak lagi wanita muda dalam dunia kepimpinan dan menujukkan keupayaan menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.

“Program ini ada beberapa kriteria sendiri. Kalau bidang ekonomi, panel akan melihat sudut ekonomi sahaja begitu juga dengan bidang politik. Ia mengikut kepada kehendak dan tujuan yang ditetapkan,” katanya.

PERANTIS yang diperkenalkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bertujuan antara lain bagi melahirkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan wanita.

Ia memberi keutamaan kepada pembangunan kemahiran kepimpinan wanita dalam bidang ekonomi, politik, sosial, perundangan, pendidikan, kesihatan dan bidang-bidang lain.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan