Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang semalam selepas terjatuh daripada bot di Tasik Bera ditemukan lemas hari ini. Foto JBPM

Orang asli terjatuh bot di Tasik Bera ditemukan lemas

ByBernama

KUANTAN, 26 Jan: Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang semalam selepas terjatuh daripada bot di Tasik Bera ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata mayat Sabri Juaram, 49, dijumpai pada 10.05 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang.

“Mangsa ditemukan di lokasi dia dipercayai terjatuh iaitu kira-kira tiga kilometer dari Pangkalan Kampung Putat. Mayat kemudian dibawa ke Hospital Bera untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bermula semalam melibatkan pasukan polis, JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditamatkan sepenuhnya pada 12.30 tengah hari.

Mangsa yang juga penoreh getah sebelum ini dilaporkan terjatuh ke dalam tasik berkenaan ketika menaiki bot bersama isteri dan anak perempuannya semasa menyeberang dari Kampung Putat ke Pangkalan Kampung Benal, Pos Iskandar, Bera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan