Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan mahasiswa dari Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Port Said kira-kira 12 tengah hari pada Sabtu. Foto Education Malaysia Egypt

Lapan siswa Universiti Al-Azhar kemalangan di Mesir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Lapan mahasiswa dari Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Port Said kira-kira 12 tengah hari pada Sabtu.

Menurut Education Malaysia Egypt (EME) lima penuntut iaitu Muhammad Firdaus Yacob, Muhammad Adli Fitri Mohd Anuar, Shahrul Aiman Jaafar, Muhammad Zulfiqar Ahmad Tarmizi serta Muhammad Hazieq Badrisyah Norhamedon mengalami luka ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital As Salam Port Said.

Sementara itu, tiga lagi iaitu  Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri serta Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi ditempatkan di wad untuk pemerhatian lanjut.

“Sebaik menerima khabar tentang kemalangan kereta yang menimpa lapan penuntut Malaysia, dua  Setiausaha Pertama (Pendidikan) EME iaitu Ahmad Salehuddin Shafie dan Muhammad Nazirul Mubin Abdul Rahman bergegas ke Hospital As Salam Port Said untuk melihat sendiri keadaan mereka,” menurut EME menerusi perkongsian di Facebook.

EME memaklumkan insiden itu turut mendapat perhatian pihak Universiti Al-Azhar apabila menghantar pegawai daripada Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Mahasiswi) kampus Port Said iaitu Dr Syaima Amir Al Bana, Dr Fauziyah Muhallal, Dr Ahmad Al Sudani dan Madam Syaima’ Al Huseini untuk membantu rawatan para pelajar, seterusnya memudah cara pengurusan bersama pihak hospital.

“Menjelang awal pagi Ahad, tiga pelajar yang dirawat dalam wad selamat dibawa ke hospital Sayed Galal di Kaherah untuk rawatan lanjut.

“EME mendoakan agar kesemua pelajar yang terlibat akan sembuh seperti sedia kala dan diberikan kekuatan sepanjang rawatan,” menurut catatan itu.

Pihak EME juga menasihatkan para pelajar agar sentiasa berhati-hati dan waspada dalam menjalankan sebarang aktiviti supaya terpelihara daripada sebarang kejadian tidak diingini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan