Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Amirudin bercakap kepada pemberita selepas hadir salah satu program di Selangor hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Kartel: Selangor perketat prosedur pengurusan tanah

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 26 Jan: Kerajaan Selangor akan memperketat prosedur sistem pengurusan tanah bagi mengelak kes kartel tanah dan manipulasi pemindahan milik tanah tidak sah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata insiden pemindahan tanah yang berlaku di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang sebelum ini tidak seharusnya berlaku.

Tegas beliau. kerajaan negeri memandang serius kelemahan sistem sedia ada.

“Kerajaan negeri telah mengenal pasti pihak yang (bertanggungjawab) melakukan aktiviti haram tersebut dan akan mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat.

“Langkah ini termasuk mengadakan siasatan dalamanmelalui jawatankuasa disiplin, tetapi biar pihak berkuasa menjalankan siasatan terlebih dahulu. Jika terbukti bersalah, kita akan menyusuli tindakan selepas itu,” katanya.

Amirudin berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Kebun Komuniti dan Penyerahan Rumah Hijau Projek Teknologi Microfarm di Taman Batu Caves, di sini, hari ini.

Kata beliau, kesalahan itu berlaku ketika peralihan pengurusan tanah secara manual kepada digital.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan wujud kes serupa di pejabat tanah lain meskipun hanya PTD Klang yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan berkenaan setakat ini.

“Tetapi kita akan menitikberatkan peningkatan prosedur seperti proses keluar masuk data supaya ruang untuk memanipulasikan sistem dapat ditutup sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Datuk Dr Yusri Zakariah berkata, tujuh penjawat awam di Selangor yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah adalah kakitangan PDT Klang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan