Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS.

Banjir Sarawak: Satu PPS tempatkan 33 mangsa masih aktif di Bintulu

KUCHING, 26 Jan: Situasi banjir di Sarawak kekal dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Tatau, Bintulu, menurut laporan terkini Sekretariat Jawatankuasa Bencana Sarawak.

PPS Rumah Steven di Daerah Tatau menempatkan 33 mangsa daripada 13 keluarga terjejas akibat banjir yang melanda kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di daerah itu sejak Khamis lepas.

Jawatankuasa berkenaan turut membantu menyediakan makanan kering untuk 165 penduduk terjejas banjir di daerah Bintulu menerusi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Bintulu dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Pengagihan bantuan itu melibatkan penduduk di empat rumah panjang (Rh) yang terdiri Rh Alam, Rh Nyaing, Rh Jeffry Giri dan Rh Awang Inban. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan