Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan, dengan 34 orang daripada 13 keluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu. Foto fail TVS

Banjir Sarawak: Mangsa di PPS Tatau meningkat kepada 34 orang

KUCHING, 26 Jan: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan, dengan 34 orang daripada 13 keluarga kini berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Rumah Steven di daerah Tatau, Bintulu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan, kesemua mangsa adalah dari kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Muput di daerah berkenaan.

Dalam pada itu, jawatankuasa berkenaan juga sedang memantau keadaan peningkatan paras air di Kampung Baru dan Kampung Dagang di Tatau.

Trend paras air meningkat juga dilaporkan berlaku di 24 lokasi pemantauan di daerah Julau, Selangau dan Matu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan