Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menghulurkan sumbangan berupa bakul makanan dan limau Mandarin kepada 300 keluarga masyarakat Cina di daerah Segamat bersempena Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang. Foto Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Facebook)

YSIJ sumbang bantuan kepada komuniti Cina Segamat sempena Tahun Baharu Cina

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Jan: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menghulurkan sumbangan berupa bakul makanan dan limau mandarin kepada 300 keluarga masyarakat Cina di daerah Segamat sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 29 Jan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan hari ini oleh Pengurus Kanan YSIJ Shah Reza Md Kanafe kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip dengan disaksikan Pegawai Daerah Segamat Mohd Ezzudin Sanusi.

Majlis penyampaian sumbangan itu berlangsung di Buloh Kasap, Segamat yang turut dihadiri oleh penerima sumbangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan