Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Video papar kekerasan terhadap anggota JPJ hanya lakonan

ByBernama

KUANTAN, 25 Jan: Video tular melibatkan kekerasan terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang merupakan sebahagian babak lakonan ketika raptai semalam bagi demonstrasi sempena lawatan kerja Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli yang dijadualkan Isnin depan.

JPJ Pahang dalam kenyataan menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan kerana boleh mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Kami menegaskan bahawa kekasaran dimaksudkan adalah tidak benar. Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk kepada sumber yang sahih sebelum mempercayai dan berkongsi sebarang berita atau video tersebar.

“JPJ Pahang akan terus komited memastikan setiap anggota penguat kuasa dilatih dengan baik dan bersedia untuk menangani sebarang situasi dengan profesionalisme serta integriti tinggi,” kata kenyataan itu.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut atau maklumat mengenai kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi JPJ Pahang di talian rasmi atau merujuk kepada saluran komunikasi jabatan itu untuk perkembangan terkini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan