Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meninjau kesan kebakaran Foto AFP

Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan

ByBernama

WASHINGTON, 24 Jan: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka melawat selatan California pada Jumaat untuk meninjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat, Gavin Newsom.

Menurut United Press International (UPI), Trump akan melawat selatan California serta mangsa Taufan Helene di Tennessee dan Nevada.

Newsom berkata beliau akan berada di Los Angeles untuk menyambut ketibaan Trump apabila pesawatnya mendarat pada petang Jumaat, walaupun pasukan presiden tidak menghubunginya untuk hadir di situ.

Parti Republikan telah mengkritik Newsom, seorang calon presiden yang berpotensi untuk pilihan raya 2028, berhubung kebakaran hutan itu.

Speaker Dewan Perwakilan Mike Johnson, seorang wakil Republikan dari Louisiana, mencadangkan supaya sebarang bantuan bencana persekutuan kepada negeri itu dikenakan syarat tertentu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan