Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rani Tahir, Nurlia Mura dan Tidah Bongu ketika ditemui media hari ini. Foto TVS

Tingkat keselamatan di Tamu Muhibbah Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 25 Jan: Pusat perniagaan utama di bandar raya ini, Tamu Muhibbah Miri memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi setempat dengan pengenalan pelbagai produk tempatan kepada pelancong.

Bagaimanapun, isu keselamatan di kawasan tersebut mendapat perhatian peniaga yang berharap penambahbaikan dapat dilakukan demi kesejahteraan semua pihak.

Nurlia Mura yang merupakan peniaga di Tamu Muhibbah lebih 10 tahun berkata, walaupun terdapat banyak peningkatan dalam aspek kemudahan seperti meja berniaga yang lebih tinggi dan ruang selesa namun aspek keselamatan masih perlu diberi perhatian.

“Dulu kami hanya berniaga dengan membentang kanvas di lantai. Sekarang, tamu ini jauh lebih selesa selepas dinaik taraf. Tetapi, kami berharap Majlis Bandaraya Miri (MBM) dapat memasang CCTV di dalam tamu ini untuk mengelakkan kes kecurian. Kadang-kadang, apabila barang hilang, sukar untuk membuat laporan kerana tiada bukti kukuh,” katanya ketika ditemui TVS di sini hari ini.

Masalah keselamatan tersebut turut mendapat perhatian Rani Tahir yang merupakan seorang peniaga di pasar tersebut hampir 20 tahun.

Menurutnya, walaupun terdapat CCTV di kawasan luar seperti tempat letak kereta, bahagian dalam tamu masih tiada sistem pemantauan.

“Kami memerlukan CCTV di dalam tamu kerana ada pengunjung yang mengambil kesempatan apabila keadaan lengang. Walaupun tiada kes besar berlaku, langkah pencegahan seperti ini sangat penting untuk memastikan keselamatan peniaga dan pengunjung,” ujarnya.

Keselamatan di tamu tersebut juga menjadi keutamaan bagi Tidah Bongu yang merupakan seorang peniaga berusia 61 tahun.

Dia menyeru pihak berwajib meningkatkan kawalan keselamatan terutamanya apabila tamu tersebut menjadi tumpuan pelancong dari luar negeri.

“Tamu Muhibbah ini menjadi pusat perhatian ramai terutama semasa musim cuti perayaan seperti Tahun Baru Cina. Ramai pelancong datang membeli barangan seperti lada Sarawak dan ikan terubuk. Jadi, penting untuk memastikan keselamatan tamu ini bagi memberi keyakinan kepada mereka yang datang,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan